Mau nangisku Tuhan.......
Besok aku payday. Payday? Orang happy tapi aku tak. baki rm45 akan jadi bekalan aku sepanjang bulan tok. yang lain? byr bulan kereta, baki yuran, bagi ckit dgn mak.
Dorang slalu cakap aku kedekut. Dorang tak tau aku takda duit.. mereka tak tahu ke mana duit aku pergi...
Ada mereka paham aku?
Bila aku tak bagi adik guna.. mereka marah cakap kereta aku tak leh guna.
Bukan tak leh guna.. kalau nak guna, pandai-pandaila jaga kereta... sapa nak bagi pinjam kalau kereta kotor..
Lagipun bila tau tangki kosong isila minyak..huhu... Aku takda duit nak isi minyak.. Sebab itu aku tak keluar jalan.. Aku tau aku takda duit.. aku guna kereta pergi kerja dan turun kelas..
Aku pun lama dah tak beli barang untuk aku sendiri.. Lotion pun aku tak mampu nak beli.. ;'(..
Banyak aku perlu pikir.. perkara yang lebih penting dari semua perkara.....
Macamna aku survive dengan rm45 nanti?.... Aku buntu... Minyak kereta? Makan minum aku?
Alamatnya kering lah aku nanti.. kering poket.. kering tulang...
Mudah-mudahan aku dapat kerja Government.. Aku dengar gaji diploma okay la.. Sekarang kan aku tgh further degree.. okayla tu kalau dapat.... tapi... rezeki di tangan Tuhan..
Tempat kerja aku sekarang pula..hm.. aku bersyukur tapi aku tak gembira... aku tak gembira dengan keadaan sekeliling aku... Banyak lelaki.. takda kawan ppn.. yang ada pun nnk.
Tiap hari macmni... habislah aku...
Hm..perihal study aku, aku baru semalam mula study. End of July aku start dah final exam. Asgmt2 aku..on the way. satu hantar Jumaat ni.. ada nak ubah ckit nanti... Yang dua tu...9 July hantar online. Ya Tuhan... belajar pun aku takda kawan nak bincang.... :'( Classmates semua orang dewasa...ada anak nak jaga mana dapat studygroup...
Cabaran betul tahun ni.. banyak dugaan aku.. mungkin banyak dosa aku dah buat.... :'(
Mudah-mudahan dipermudahkan rezeki hidupku sementara aku masih bernafas... Aku tak mengejar kebendaan... Aku nak hidup sederhana... cukup makan..cukup dalam segala hal.. Aku tak minta kaya.. Aku tak hendak miskin..
Semua dugaan yang datang.. betul betul buat aku rasa bersyukur.. walaupun aku tak punya wang yang cukup..tapi aku masih boleh bertahan sampai sekarang..
Aku harap,, yang jauh perkhabaran nya sihat.. walaupun aku tak tahu dia kat mana sekarang.. semoga sihat selalu dimurahkan rezeki... harap dia dapat pengganti.. tak nak dia sunyi.. dia gembira aku boleh tarik nafas lega...
Nanti aku update lagi..
Nak buat asgmt dulu..malam ni mmg work out on asgmt..
Sekian.. Shalom!