Monday, January 30, 2012 0 comments

Masa terhad, tidur2!

Aduh..
sakit punggung ku duduk buat research..
tapi berbaloi juga..
malam ni aku berjaya cari ke-empat empat structures! yeye!
thanks Lord :)

esok aku buat next step.
hm..tapi blom pikir lagi laa..hehe.
rasanya esok malam aku khatam buku.
nak buat kat office tak dapat pulak
sebab aku ada banyak kerja nak buat sok..
Aduh..
aku harap sistem sus petronas tu dah ok..
rosak mood lah tggu lama2 pastu jap locked jap unlocked..

sekarang kepala aku sudah pening..
perlu rehat dan tidur..
hehe..
rindu selalu kekasih gelapku..
selamat malam dunia..
0 comments

Thank God Lah! :)


hehe..
kenapa aku gembira?
jawapan:
kerja kat office dapat hampir siap!
ada tak kerja lain susah?
jawapan:
ada, huhu orang imigresen keep minta cop signed form tapi kan kerja tu dah lama habis
kesimpulan?
jawapan:
tanya bos apa nak buat
dah makan belum?
jawapan:
nak makan tapi bos masih kat office
dapat tahan ker?
jawapan:
terpaksa labuuuu

yang penting, kerja aku diberkati Tuhan!
sebab
kerja tu aku ingat ambil masa nak siap,
tapi
tak sangka pula dah dapat buat!
thank god lah :)

hehe
Sunday, January 29, 2012 0 comments

Kejadian Hari Ini

Pagi tadi aku pergi bengkel kat PPT Miri.
Kat sana aku jumpa kawan baru..
Ada yang sombong.. ada yang murah dengan senyuman..

Aku jumpa kawan lama aku juga,perempuan.
Terkejut dia dengar aku dah graduate Diploma.
Sebab dia sampai Tingkatan Enam jer,
Sekarang dia ambil diploma, aku pikir kenapa dia tak ambil jer degree?
Dapat kan?
Sekarang aku ambil degree of technology management.

Hurm..
nak citer skit.
Pagi tadi dahlu ku rushing, pen lupa bawa.
Pastu,
Beg aku pula basah sebab botol air tumpah..
Alahai..
Tu lah takda orang remind aku..
Huhu..
Sorang2x macam ni..ee~
Xpa2.. :)

Aku kena pikir macam mana aku nak bahagikan masa
belajar.
Pastu aku kena atur kewangan aku..
Dan aku perlu buat sesuatu untuk diri aku juga..

xpe, serahkan pada Tuhan yang lain.
Sekarang, aku nak tidurrr..hehe

Selamat malam kekasih gelapku nun di sana....rindu selalu~ :)
Thursday, January 26, 2012 0 comments

Jangan buat kerja orang nanti kena buli!

Ishh..
inilah akibatnya jika sambung kerja orang lain..
Pengajaran, jangan buat kerja orang nanti kena buli!

Alkisahnya:
nenek tu cuti CNY. Tapi kerja dia masih ada.
so aku kena buatlah memandangkan bos mala tanya2..
buatlah tadi baik hati katakan..
client ni plak tanya mcm2..
aku mana tau doc tu nenek letak kat mana..
aku kol, dia busy.
pastu cakap nanti tunggu dia balik lah tek..
dia ingat dia boss ka orang nak tunggu?
tup tap..dia balik..
aku tanya balik mana doc2 tu..
dia lepas tangan mcm tu je..lepas bagi doc tu..
client tu plak nak full expenses report..bukan airfare je..
aku dah forward ngn dia email.
tak paham2 jugak orang tua nih...haiiiiii....
dia asyik on kol jer...main msn...
ishh...
kalau ada bini bos, mcm pa jak..
busy la kunun..
pastu pot pet atur keja orang..
sendiri punya keja dia punya hal la..

tengok aku dah bisingggg dah..
haii..

Kesimpulan:
itulah ragam bila bekerja..
macam2 keadaaan akan kita alami..
pendek kata,
jangan buat kerja orang lain yang kita tak percaya.
Monday, January 23, 2012 0 comments

Alkisah Hari ini

Hari ini hujan..
Hari ini aku hidupkan api kayu..
Hari ini kami makan pansuh..
Hari ini saya makan nasi..(sepatutnya diet!)

Hari ini plan pegi Giant..
Hari ini saya nak beli Vanish cukur bulu kaki..(mungkin?)
Hari ini saya nak manjakan diri beli brg keperluan badan..
Hari ini mungkin nak beli seluar pendek..(fevet seluar ku hilang ntah tak tau letak mn dah!)

Hari ini..
Saya rindu seseorang..
Thursday, January 19, 2012 0 comments

Tertekan

hari ini aku penat sangat dari segi mental..
banyak perkara aku perlu buat..
sampai aku salah hantar emel banyak kali..kena tegur rakan sepejabat lagi..
apa nak jadi dengan aku hari ini..

semua perkara aku buat membuatkan aku
pening kepala..
bini bos pula..
dari semalam aku dh minta amount gaji staff
dia tak bagi..
hari ini aku tagih balik
dia cakap aku ni @#*&..
malas nak cakap..

takpe..
orang mood CNY td kan..
ok jakla..
dengar je kita kan kuli..

bos pula asyik panggil aku dari tadi..
buat itu ini..
lemah nyawa ku.. :'(
Tuesday, January 17, 2012 0 comments

Hey Hey You You

Hey Hey..

Its me again.

29hb ni aku ada bengkel kemahiran belajar. huh?? :P

11hb Feb aku start dah kelas.. argh, drive pegi sana sorang2x.. jauhhh~ :(

Aku dah polah rambut ^^ jumaat ni mok treatment. aku stress aku buat apa ku rasa dapat release stress. rite?

Hm, I miss him..

But, its okay. He stayed in my heart. Always. :) Luv u Manja.

Malas repot2x hal orang.. hidup ini bukan nak busy hal orang, they should know what are they doing.

Interfere if its necessary, don't when it is not.

okay.

Bye bye!
Friday, January 13, 2012 0 comments

Pening aku Ya Tuhan...

sakit kepala aku pikir pasal duit..

tadi aku withdraw rm1k untuk tampung biaya study aku..
mak aku minta rm500 dari duit tu..
aku bagi la.. sebab aku pakai duit mak dlu haritu untuk bayar deposit..

banyak sangat hal nak guna duit..
bingong aku dibuatnya..

Mak
bukan aku ngn adik tak mahu makan kat kedai tadi
tapi adik rushing mau pegi keja..
nnt kta makan kat kedai  ar mak..huhu :(

aku ni
nak bayar yuran lagi.. potong ptptn pn blm ni..
bagi mak lagi..atuk nnk..
pastu baki baru aku pakai..
itu pn tak smp setengah bulan...

pening aku ya Tuhan.... :'(
Thursday, January 12, 2012 0 comments

Hari Ini Aku..

Hari ini,
Aku lapar sangat sangat..
Dompet aku kosong..
Takda satu sen pon..
Aku lupa ambil duit dalam bank..
Tambah pula,
Aku mmg nak save duit..
Tapi xla sampai kering mcmni.. :(
sedih jugak la kenang diri ni..

Tadi
Perut aku berkeroncong masa kat bilik bos
aku rasa dia dengar
tapi aku buat tak tahu
malu nya aku... :(

Colleague pula ajak tapau..
Aku tak tahu nak cakap pe
Aku gtau dia dompet aku tertinggal
Dia offer nak pinjamkan duit
Tapi aku taknak

Aku harapkan dia simpati skit la
walaupun aku tak nak
beli la juga kan..
tapi tak..huhu
teruknya aku pikir macamni.. :(

Aku belum byr lagi duit ptptn..
Bulan Feb nnt aku start dah study kat OUM
byr yuran lagi..
Nak nangis pon ada

bila ingat2 balik
Aku tak pernah ucap Terima Kasih ngn arwah bapa aku
cakap sayang dia pon tak pernah
Tapi aku tahu dia tahu aku sayang dia sangat2... :'(

Abg pula
akan kawin hujung tahun ni
Abg second pula
Stress ngn keje dia tapi gaji dia ok
lebih ok dari aku
Adik pula
taknak keje ofis walaupun orang offer
nak juga keja laut
Aku pula
Masih kat cni...

Aku nak nangis tapi mahu ada yang teman..
Tapi
Teman2 aku semua busy..
Aku mahu dia temankan aku..
tapi kami tak contact lagi..
Dia baik..Aku rindu dia sangat2..
Kalau dia ada, pasti dia temankan aku..
Aku nak peluk dia erat2..
Aku nak nangis kat bahu dia..
Tapi
Sekrang aku hanya mampu bertahan sendiri..


Ya Tuhan...
Lemahnya aku mhadapi hidup ini....
Thursday, January 5, 2012 0 comments

Ah Terbancuh La PLak

Pagi2 lagi aku dah terbancuh air panas kat tangan sendiri..
alahai..

ntah apa yg ku pikirkan..
sampai macam tu skali...huhu...

nanti nak pegi OUM Miri Learning Centre nak register..

mudah2n ku dapat bhgikan masa..

hm..
mesti nya tengah prepare k fnal..

all the best syg..
Tuesday, January 3, 2012 0 comments

Takda Semangat

nampaknya aku betul2 takda semangat..
apa mo jadi..jadi la..
apa kekurangan yang ku alami ni..
:(

please..yg mencintaiku, jgnla kau sakiti hati ku..
aku yg menderita terpaksa melepaskan pergi cintaku, janganla kau tambahkan lagi..
Sunday, January 1, 2012 0 comments

Buku Baru 2012

hari ini 1 januari 2012.
Malam sebelumnya, hanya aku dan abg ku berada di rumah..
Ibu dan aunt ku pergi ke rumah saudara menyambut tahun baru di sana..
Sepi juga saat meraikan tahun baru tanpa keluarga yang lengkap.
Abg sulung ku juga kerja pada malam tadi..

tapi xpa, itu hanyalah permulaan hidup kami..
pagi 1hb indah seperti menyambut kedatangan tahun baru..
namun di tengahari ini hujan kelihatannya lebat.
aku juga telah membaca ramalan kajicuaca yang menyatakan sesetengah kawasan akan mengalami
hujan yang berpanjangan dan kemungkinan juga banjir do sesuatu tempat..

aku harap agar tempat tinggal ku, miri berada dalam tahap selamat kerna kawasan kami ini sesungguhnya
sangat dekat dengan laut..

apa yang aku harapkan untuk tahun baru ini, hanya Tuhan saja yang tahu kerna dia yang maha pengasih, maha penyayang mendengar doa k saban hari.. terima kasih Tuhan..

2012, semakin dewasa umur ku, juga kematanganku dalam menghadapai lumrah hidup sebagai seorang insan
yang biasa hidup di muka bumi ini..
saban bulan menanti gaji yang secukup sara diri, top up saat kehabisan kdit dan gelak ktw bsama insan2 yang tersayang.. namu kesedihan di hati tak dapat ku turuti, hanya berdoa pada Tuhan untuk memberi ketenangan dalam diri..

Manusia sering kali menganggap hidup ini penuh rasa kepentingan diri tanpa memikirkan hidup orang lain..
banyak contoh dapatku lihat pada insan disekelilingku.. kadangkala, aku seperti mereka juga..

Aku percaya, tahun baru ini aku harus praktikkan membaca bible lebih lagi.. aku tak mahu melepasakan peluang ini saat bible masih lagi berada di mata.. kerna aku tahu, aku tak bisa menasihati orang lain akan imannya jika aku sendiri tidak melihat iman ku sejauh mana..
seperti yang ku perlihatkan di fb, ada yang nampaknya begitu suka kalau 2012 ini tahun kiamat..
kiamat itu bukan perkara main2,hanya Tuhan saja yang tahu kapan toba masanya YEsus juruselamat datang turun ke bumi menjemput mereka yang mentaati perintahNya..
Apa mereka pikir kalau datangnya Kiamat itu mereka sepertinya menonton wayang 3D?

Aku masih punya dosa.. aku mahu bertaubat dan cuba kurangkan sebaiuik mungkin..
Kali pertama hati ku begitu khusyuk berdoa pada Tuhan saat tibanya 2012.. aku percaya Tuhan membuka hatiku untuk ku berdoa padaNya..

apa yang aku lakukan selepas ini, hidup dengan berkat Yesus dengan setiap insan di muka bumi ini..
Semoga dijauhkan perkara yang tak baik kerna..entah esok akan menjelang atau tidak...
Kal Ho Na Ho..

Terima Kasih Tuhan..
 
;