Wednesday, December 15, 2010

fikiran ku saat ini

malam masih muda tapi diriku masih lagi berjaga..
memandang sudut lampu yang malap, hati ku terasa sunyi.. esok mungkin sama seperti hari ini, tiada aktiviti ku lakukan tetapi hanyalah berada di rumah ditemani laptop dan tv.
ku termenung,
bagaimana keadaan ku 5tahun akan datang...
masih hidup kah aku?
gemuk kah aku?
bekerja kah aku?
punya kekasih?
em.. misteri hidupku, hanya Tuhan saja yang tahu..

kedengaran penyaman udara beroperasi, aku terasa sejuk saat ini..
diselimuti selimut buatan ibu ku, hangat terasa diriku..
ibu ku jenak sekali tidur..
cousin ku terlelap juga..

tinggal aku seorang masih lagi menatap laptop sony vaio e series mette white.....

aku tiba tiba terfikir,
dahulu impian ku mahu menjadi model kebaya, ahh..mustahil diriku yang hodoh rupa menjadi seorang peraga yang anggun..
tapi, alangkah bagusnya jika ku dapat tunaikan hasrat ku walaupun kerja separuh masa untuk impianku..
mimpi hanya mimpi jika tidak mencuba kan?

em.. ku terfikir juga,
pupus kah lelaki/wanita yang mencintai seseorang itu sepenuh hati tanpa mencurangi yang ada?
hanya berdasarkan rupa yang waktu tua nya kedut juga,
hanya berdasarkan susuk tbuh yang menawan waktu tua lain jadinya,
itu ciri2 mahu mu?
aah.. mustahil bagi seseorang itu menidak kan semuanya..
mengenali seseorang itu memerlukan waktu,
biarpun panjang waktunya, namun personaliti diri seseorang itu bisa terungkap dengan peribadi nya yang baik, memikat hati dan sebagainya.. iya kan?

em..
akan ku cerita lagi fikiran ku saat ini di lain waktu..
gbu semuanya.. <3
night..

0 comments:

Post a Comment

 
;