Friday, November 27, 2009

sedih..

dah hampir 2bln arwah bapa ku pergi meninggalkan kami.. hati ku masih merindu nya,,

kasih bapa tak ada sapa yang tahu melainkan Allah yang menciptanya.. selama ini ku tahan rasa sebak di dada.. sangat sakit dan pilu.. hanya Tuhan saja yg tahu betapa ku merindu bapa ku.. ku tak tahu arwah ditempatkan di mana.. apa yang ku pkir, ku berdoa agarnya berada d sisi Tuhan..

aku bukan seorang kawan yang peramah..selalunya aku menyendiri berbanding bergaul dengan kawan2.. ku rasa ku masih lagi dalam keadaan tidak stabil.. ku perlukan seseorang untuk menemaniku..menceriakan ku..aku tahu ada seseorang yang boleh buatku gembira tapi dia dah tiada..

hanya Tuhan tahu dan mengira titisan air mata ku tiap kali aku menangis..

apa yang ku mau sekarang adalah menziarahi kubur arwah..ku ingin menangis puas2 d sana..tp bila kah saat itu?

kwn2 ku selalu bercerita tentang bapa mereka..aku rasa tersentuh..kerna aku tidak lagi dapat memanggil bapa ku yang Tuhan anugerahkan untukku di dunia ini melainkan bapa ku di surga..

sungguh berat dugaan yang Kau berikan padaku Yesus...ku cuba bertahan..ku tau Kau takkan bagi cubaan yang tak dapatku tempuh..janganlah mengambil nyawa insan yang ku sayang Yesus..ku tau sudah tiba waktunya tapi..ku masih lemah untuk hadapinya..

tahun ini tahun paling menyedihkan bagiku..

hatiku rasa sangat pilu..seperti dibasahi air mata tanpa henti tanpa diketahui sapa pn..

dulu arwah bapa selalu berkata,"belajarlah pandai2 agar hidup anak-anakku tidak susah seperti yang ku harungi.." aku simpan ayat itu..

0 comments:

Post a Comment

 
;